Sunday, 30 October 2011

HARI PERTAMA SAYA DI PTSS .

Hari pertama saya menjejakkan kaki ke politeknik amatlah mendebarkan. Awal pagi ibu dan ayah saya bangun untuk menghantar saya. Nasib baiklah politeknik yang saya dapat tidak jauh dari negeri kelahiran saya. Rasa berat sekali kaki ini untuk melangkah masuk ke politeknik ini. Bermacam-macam perasaan yang bermain di dalam hati. Betul ke saya nak masuk polteknik ni.
Rasa gementar itu saya tinggalkan kerana saya ke politeknik itu bersama sahabat baik saya iaitu Nurul Zatulhana. Dia merupakan adik ipar kakak saya. Semasa ingin membuat pendaftaran, kami berdua tidak tahu kemana hendak dituju. Lalu datang seorang lelaki dan menunjukkan arah kiri. Saya dan Nurul bergegas pergi. Setelah sampai kami pun duduk. Agak hairan kenapa semua orang memerhatikan kami? Tapi dengan muka yang tak bersalah kami pun duduk menunggu giliran.
Sepuluh minit kemudian ada seorang makcik bertanya kepada saya dan Nurul, “ nak daftar masuk poli ke?”. Kami berdua tersenyum dan menjawab “ya”. Makcik itu menyambung lagi, “ kalau nak daftar pelajar perempuan sebelah sana. Di sini untuk pendaftaran pelajar lelaki sahaja “. Merah padam muka kami menahan malu. Macam mana kami tak nampak yang ada “signboard” menunjukkan sebelah kiri pendaftaran pelajar lelaki. Tanpa menunggu lama kami mengambil beg dan terus pergi.
Ramai orang pada hari itu. Semuanya sedang berasak-asak untuk membuat pendaftaran. Semasa sedang berjalan, saya terlanggar seorang pelajar perempuan. “Maaf saya tak sengaja,” saya cuba meminta maaf. Lalu dijawabnya “hey! Tak ada mata ke”. Sombongnya dia. Kami terus pergi meninggalkan dia.
Setelah selesai pendaftaran, kami mendapat kunci bilik. Begitu gembira sekali kerana aku mendapat satu bilik bersama Nurul. Tanpa membuang masa kami mengambil beg dan mengajak mak dan ayah kami pergi ke asrama kami yang dipanggil “Kolej kediaman pelajar.” Perasaan gembira terpampar di wajah saya apabila mendapat satu bilik bersama kawan baik saya.
Apabila tiba di bilik kami membuka pintu. Alangkah terperanjatnya kami bila melihat pelajar perempuan yang kami langgar tadi ada di dalam bilik tersebut. Perasaan gembira yang tadi terus bertukar geram. Dia merupakan salah seorang dari penghuni bilik itu. Dengan mukanya yang masam tanpa senyuman dia terus keluar dari bilik itu. Kami terus manghiraukan dia dan mengemas barang kami.
Setelah selesai mengemas saya dan Nurul keluar untuk menghantar mak dan ayah kami. Rasa sedih sekali apabila terpaksa meninggalkan mereka. Saya dapat melihat linangan air mata mak. Saya menggenggam erat tangan mak dan ayah. Mak berpesan “ belajar elok-elok. Jangan main-main. Kalau ada masa lapang telefon la mak”.  Saya hanya mengangguk. Setelah itu mak memberikan kucupannya di pipi saya. Sedih untuk melepaskan mereka pulang. Tepat jam 12.30 tengahari, mak dan ayah pun pulang. Tinggallah aku bersama Nurul di asrama. Ini pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Pengalaman ini memberi seribu satu makna dalam hidup saya.
Beberapa bulan kemudian, Nurul terpaksa meninggalkan aku kerana mendapat tawaran dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Dia ditawarkan untuk menjadi jururawat. Tinggallah saya bersama rakan-rakan yang lain. Farhatus Solehah, Nurul Farhana, Noor Syahiadmah, Nur Amirah, dan Farah Amina. Mereka inilah yang sentiasa menceriakan hari-hari saya. Terima kasih sebab sudi menjadi kawan saya.

2 comments: