Thursday 3 November 2011

PeNgaLaMan YaNg TaK DapaT DILUpakAn SemAsa Hari RaYa :)

Pengalaman aku semasa hari raya aidilfitri yang tak dapat aku lupakan ialah kehilangan nenekku yang tersayang. Kisah ini berlaku lebih kurang tujuh tahun yang lalu. sewaktu itu aku masih di sekolah rendah. Pada pagi itu, setelah selesai ibuku menunaikan solah subuh, tiba-tiba kedengaran bunyi telefon. hati ibu mula rasa tidak sedap kerana jarang mendapat panggilan telefon seawal pagi seperti itu. 
Ibu bergegas mendapatkan telefon yang sedang berbunyi. Kedengaran suara bapa saudaraku cemas dan ingin memberitahu sesuatu. " Kak Long, mak jatuh ". hanya itu yang dapat diperkatakan oleh bapa saudaraku dan terus dia meletakkan telefon. Ibu aku menjadi gelisah dan terus mengajak aku, kakak dan suaminya ke rumah nenek. 
Setibanya aku di rumah nenek, aku melihat sekujur tubuh terbaring di atas katil. Nenekku masih lagi bernyawa tetapi tidak dapat mengatakan apa-apa. Tanpa membuang masa, abang iparku meminta izin kepada datuk dan bapa saudaraku untuk membawa nenekku ke hospital. Dia mendukung nenek lalu dimasukkan ke dalam kereta. Ibu tidak membenarkan aku untuk ikut bersama.Aku hanya menunggu di rumah.
Setelah hampir 2 jam menunggu aku mendapat panggilan telefon dari ibu yang mengatakan nenek sudah tiada lagi. Rasa sebak mula menhantui diriku. Semua orang yang berada di dalam rumah merasakan apa yang aku rasa. Aku mendapatkan kakak sulongku. Aku meraung kesedihan. Aku telah kehilanagn nenek yang semasa aku kecil, dialah yang menjagaku. Aku tinggal bersama nenek dari usia aku 4 bulan hingga usiaku mencecah 5 tahu. Nenek meninggal pada 21 Ramadhan pada tahun 2004. 
Sejak dari peristiwa itu, tiada lagi kenangan indah yang dapat kami ukir bersama. aku mendoakan agar roh nenekku dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH....

1 comment:

  1. Takziah, smoga rohnya dicucuri rahmat, dan semoga selepas ini hari2 raya mendatangkan ceria

    ReplyDelete